6 Sebab Cinta Lelaki Ditolak Oleh Wanita #BroCuba - Abang Terlajak Laris


6 Sebab Cinta Lelaki Ditolak Oleh Wanita #BroCuba


Bukan mudah untuk memikat hati wanita dan juga memahami apa yang mereka inginkan. Sebagai lelaki, anda perlu guna ayat ‘power’ kalau nak tackle hati wanita yang anda suka. Betul tak?

Tapi, ada juga lelaki yang mempunyai perangai jelik yang buatkan anda di reject dan tiada wanita inginkan anda.

Untuk lelaki, sebelum anda kecewa kerana cinta anda ditolak, kena tahu 6 perkara ini.

1. SUKA BUAT LAWAK BODOH & TAK KELAKAR
Jika anda ni jenis yang suka buat lawak bodoh, jangan haraplah wanita nak suka dan ketawa. Perempuan memang reject lelaki yang syok sendiri dan buat lawak tah apa-apa.

2. LELAKI TERDESAK
Kalau sukakan seseorang tak perlu la nak call dan mesej setiap masa. Sedangkan belum ada hubungan apa-apa lagi. Wanita sukakan lelaki gentleman dan tidak tergopoh-gopoh.

3. LELAKI SELEKEH MEMANG TAK ADA SIAPA NAK
Wanita tertarik dengan lelaki yang kemas dan wangi. Wanita anggap, lelaki yang tidak menjaga kebersihan diri, pasti rumah dan biliknya pun kotor.

4. TERLEBIH CONFIDENT
Wanita sukakan lelaki yang berkeyakinan tinggi. Tapi, kalau lelaki tu terlebih confidentdan bangga diri, memang kena reject.

5. LELAKI YANG GATAL & SUKA SENTUH-SENTUH
Jika anda ni jenis yang gatal dan tangan tu tak duduk diam, memang wanita paling tak suka. Wanita tak suka dianggap murah oleh lelaki. Jadi, kawal tangan anda tu.

6. MUNGKIN ANDA NI SEORANG YANG EGO TINGGI
Memang tak dapat di nafikan setiap lelaki mempunyai ego. Tapi, jika anda seorang yang ego tinggi, jangan haraplah perempuan nak jatuh cinta pada anda.

Sumber: Hanasuva 

No comments

Powered by Blogger.