Isteri Sembunyikan 4 Perkara Ini Daripada Suami? - Abang Terlajak Laris


Isteri Sembunyikan 4 Perkara Ini Daripada Suami?


Biasanya, isteri yang memahami suka berkongsi apa jua dengan suaminya tidak kira luahan hatinya, fikirannya malah yang bekerja, sanggup berkongsi kewangan untuk perbelanjaan keluarga.

1. Tertekan dengan dengan perhubungan

Jarang isteri meluahkan perasaan apabila terdapat masalah dalam perhubungan dan komunikasi dengan suami. Isteri rela berdiam diri dan ‘makan hati’ apatah lagi melihat wajah anak-anak yang tidak mengerti masalah yang dihidapi oleh ibu mereka.

2. Ketidakpuasan dalam hubungan intim

Meskipun sudah lama berkahwin dan mempunyai anak, ada isteri yang masih malu meluahkan rasa ketidak-puasan dalam hubungan bersama secara terbuka dengan suami kerana takut menyinggung hati serta ego suami.

3. Peningkatan kerjaya

Tidak semua suami gembira melihat perkembangan isteri yang lebih berjaya daripadanya. Memang mereka suka isteri yang cerdik dan berkerjaya, tapi “not more so than me”. Jadi isteri yang memahami tingkah laku suami, biasanya akan memendam kejayaannya.

4. Buku bank dan insurans

Isteri biasanya pandai merancang masa depan dan menyimpan kewangan adalah salah satu dalam senarai perancangan. Jika terjadi masalah dalam rumah tangga, isteri sudah bersiap sedia bagi memastikan kehidupan dan anak-anak terjamin.

No comments

Powered by Blogger.