8 Nasihat Paling ‘Win’ Untuk Pasangan Kuat Cemburu! - Abang Terlajak Laris


8 Nasihat Paling ‘Win’ Untuk Pasangan Kuat Cemburu!


Cemburu itu perlu dalam perhubungan, tandanya hati ada rasa sayang. Tapi kalau cemburu sampai membuat perhubungan berantakan, patutkah anda membiarkannya? 

TIPS 1
Jika pasangan anda mulai berasa cemburu, anda disaran agar jangan terbawa-bawa dengan situasi ini. Pada mulanya mungkin anda tertarik dengan perhatian si dia yang bertanya itu ini kerana memikirkan yang dia mengambil berat akan diri anda.

Namun lama-kelamaan anda mula menyedari bahawa dia seolah-olah mahu menyiasat segala gerak langkah anda, malah lebih buruk lagi apabila dia mahu anda menerangkan di mana anda berada dan siapa yang anda temui. Jika anda terbawa-bawa dengan situasi begini dan menjawab sekadar untuk menyakitkan hatinya, ini seakan menyimbah petrol ke atas api cemburunya itu. Elakkan daripada sama-sama ‘karam’ dalam perbincangan ini, sebaliknya bawa berbincang dengan baik.

TIPS 2
Belajar untuk menerima bahawa pasangan anda bukan sengaja membuatkan anda berasa cemburu – mungkin dia ada masalah besar dan dia ingin berkongsi dengan orang yang dipercayai selain diri anda. Dia bukan menggatal tau! Jadi, cuba faham situasi yang dihadapinya.

TIPS 3
Gunakan semua peluang yang ada untuk membina semula keyakinan si dia terhadap anda. Beri dia pujian jika itu boleh membantu, minta pendapatnya jika anda mahu dan tunjukkan kasih sayang anda pabila anda memang jatuh cinta dengannya. Tunjukkan kepadanya betapa anda mencintainya biarpun ketika dia gagal, dan ketika dia berasakan dirinya tidak sempurna.

TIPS 4
Elakkan menjalin hubungan mesra dengan lelaki lain semata-mata untuk melupakan si dia. Ini hanya akan membuatkan situasi menjadi lebih parah. Apa yang si dia amat perlukan adalah ‘keselamatan’ dalam perhubungan terjamin dan kesinambungan dalam perhubungan yang dijalin.

TIPS 5
Cuba untuk berbicara secara bersemuka dengan pasangan anda mengenai perasaan cemburunya itu. Ambil perhatian atas apa jua yang diperkatakan dan belajar untuk mengatasi rasa cemburu si dia.

TIPS 6
Jika anda sudah mencuba segalanya dan pasangan anda masih dengan sikap kuat cemburunya itu, sesi kaunseling mungkin jalan terbaik sebelum anda memutusakan untuk meneruskan ataupun memutuskan perhubungan.

TIPS 7
Mula belajar menerima bahawa rasa cemburu itu adalah masalah diri sendiri dan menjadi tanggungjawab anda untuk mengatasinya. Tidak ada orang lain yang boleh membuatkan anda berasa cemburu melainkan diri anda sendiri.

TIPS 8
Melihat pasangan anda sebagai individu yang ada hak terhadap dirinya. Terima dia seadanya jika anda mahu hubungan ini berjalan dengan baik. Dia boleh menjalinkan hubungan dengan orang lain atau kekal setia dengan anda, tetapi hakikatnya dia yang lebih berhak untuk membuat pilihan. Walaupun sakit hati, sekali anda menghormati pendiriannya, juga dirinya, akan terbuka jalan buat anda menyelesaikan masalah cemburu yang dihadapi. Cubalah!

No comments

Powered by Blogger.