Cara Sihat Turunkan Kolesterol - Abang Terlajak Laris


Cara Sihat Turunkan Kolesterol

Perkongsian oleh Nina Danish

Bahan-Bahan



Air secukupnya
1 cawan barli
Lemon
2 sudu teh madu

Cara:

1. Basuh barli dengan air bersih yang mengalir.
2. Rebus selama 45 minit atau sehingga barli tersebut kembang dan lembut.
3. Biarkannya sejuk.
4. Tuangkan air tersebut ke dalam gelas/cawan.
5. Tambah perahan jus lemon dan sedikit madu untuk rasa.
6. Minum 1-2 cawan air barli setiap hari untuk mengekalkan tahap kesihatan.
7. Simpan lebihan air barli di dalam peti ais. (Boleh bertahan selama 3 hari)

Nota:

Jangan buang barli yang direbus itu tadi, anda boleh memakannya jika mahu.

Amaran:

Air barli mengandungi gluten, tidak disarankan kepada orang yang mempunyai alahan pada gluten.

No comments

Powered by Blogger.