Nak Turunkan Berat Badan Dengan Cepat, Buat Selalu 5 Perkara Ini Setiap Pagi - Abang Terlajak Laris


Nak Turunkan Berat Badan Dengan Cepat, Buat Selalu 5 Perkara Ini Setiap Pagi


5 rutin ini jika dilakukan setiap pagi mampu membantu mengurangkan berat badan dengan berkesan.

1. MINUM AIR SUAM / LEMON

Sebuah kajian dalam The Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism mendapati bahawa meminum 500ml air kosong dapat meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 30%. Untuk mengaktifkan lagi sistem pencernaan, anda juga boleh menambahkan perahan lemon ke dalam air suam tersebut.

2. MULAKAN HARI DENGAN MAKANAN TINGGI PROTEIN

Dalam satu kajian, wanita yang memenuhi sekitar 2/3 keperluan protein harian (iaitu 30-39 gram) pada waktu sarapan akan berasa kurang lapar dan cenderung mengambil makanan yang kurang berkalori ketika makan tengah hari.

3. ELAKKAN BERSARAPAN DEPAN TV / GAJET

Sebuah penelitian Food Quality and Preference mendapati ‘crunch effect’ atau bunyi mengunyah makanan yang dapat didengari oleh seseorang sudah cukup untuk membuat seseorang makan sekadarnya. Sebaliknya, mereka yang menggunakan headphone atau menumpukan perhatian kepada TV lebih cenderung untuk makan 25% lebih banyak berbanding kuantiti normal.

4. LAKUKAN SESUATU UNTUK DE-STRESS

Apabila anda stres, paras kortisol akan meningkat, dan salah satu fungsi kortisol ini adalah menyimpan lemak dalam perut. Stres juga merendahkan kadar metabolisme tubuh. Buktinya, apabila 2 orang wanita makan makanan yang sama setiap hari, wanita yang lebih relaks dan gembira berjaya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang stres, seperti yang dinyatakan dalam kajian Biological Psychiatry.

5. PILIH SNEK YANG BAIK UNTUK DIBAWA KE PEJABAT

Sebelum ke pejabat, masukkan sebiji epal atau buah-buahan ke dalam beg. Tabiat ini dapat menghindarkan anda daripada membeli snek yang tidak berkhasiat dan makanan segera ketika dalam perjalanan ke pejabat. Dalam keadaan lapar juga, seseorang lebih cenderung untuk memilih makanan yang tidak sihat dalam kuantiti yang lebih banyak. 

Sumber: Siraplimau

No comments

Powered by Blogger.