Amalkan Ubi keledek Jepun Untuk Hilangkan Kedutan & Anti Penuaan - Abang Terlajak Laris


Amalkan Ubi keledek Jepun Untuk Hilangkan Kedutan & Anti Penuaan

Foto: Vivere Bene
Model dan aktress cantik, Olivia Munn mendedahkan rahsianya menjaga kesihatan kulit agar tampak bebas cela dan kedutan, juga awet muda selalu. 

Rahsianya, Munn sentiasa mengambil ubi keledek Jepun yang dikenali sebagai ubi Satsumaimo! Ia dipercayai mengandungi Hyaluronic Acid yang tinggi dan baik sebagai agen anti-penuaan. 

Ubi yang terdiri daripada pelbagai warna seperti hijau, kuning, merah dan ungu ini turut mengandungi vitamin C dan serat yang baik untuk keseluruhan tubuh.

Ubi 'anti penuaan' ini boleh dimakan dengan cara membakarnya, merebus, dimakan bersama ais krim, buah-buahan dan banyak lagi. 

Pakar mengesyorkan pengambilan ubi keledek Jepun ini untuk fungsi menghilangkan kedutan pada wajah, kecuali leher. 

No comments

Powered by Blogger.