Badan Anda Kembali Gemuk Selepas Berdiet? Ini 6 Sebabnya - Abang Terlajak Laris


Badan Anda Kembali Gemuk Selepas Berdiet? Ini 6 Sebabnya

Foto: Hello Days
Pasti pernah terjadi pada ramai wanita, bila dah berjaya kuruskan badan tak sampai sebulan, gemuk balik. Sebab apa? Mungkin ada di antara anda mula lupakan pola hidup yang sihat lepas dah dapat bentuk badan idaman. Itu silapnya!! Hurm.. apa punca-punca lain?

1. METABOLISME MAKIN RENDAH
Semakin turun berat badan anda, metabolisme tubuh anda juga memerlukan kalori yang lebih sikit juga. Jangan sangkakan bila dah kurus boleh makan banyak. Anda boleh kembali gemuk!

2. KURANG TIDUR
Apabila kurang tidur, tubuh akan menghasilkan hormon yang membuatkan anda ingin makan banyak. Keletihan juga membuatkan metabolisme anda jadi lambat.

3. TETAPKAN PENDIRIAN
Kembali kepada kebiasaan lama dan melupakan pola hidup sihat, boleh membuatkan berat badan anda naik dengan mudah. Tetapkan pendirian dengan pola hidup sihat untuk memastikan berat badan maintain je!

4. SALAH MOTIVASI DIRI
Jangan sangkakan nak kurus je tak perlu makan. Tak boleh macam tu. Sarapan pagi penting dan makan ikut waktu juga penting. Tak bermakna anda makan sikit tapi ambil makanan tak sihat tu bagus! Salah tu!

5. BAYANGKAN TABIAT BURUK MASA LALU
Jangan biarkan tabiat buruk anda yang lalu membayangi kehidupan anda. Sebagai contoh, anda ternanti-nanti, bila anda boleh makan burger kegemaran anda. Lupakan tabiat buruk anda tu kalau nak kekal kurus.

6. SENAMAN SEMAKIN DILUPAKAN
Penat-penat bersenam bagai nak gila semata-mata nak kurus, lepas tu dah tak nak buat lepas dh kurus? Memang tak la badan tu nak maintain. Sendiri mau ingat okay!

Sumber: Hanasuva

No comments

Powered by Blogger.