5 Cara Anda Kena Buat Untuk Bakar Lemak Semasa Tidur - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

5 Cara Anda Kena Buat Untuk Bakar Lemak Semasa Tidur


Tidur pun boleh kurus. Ya, masa tidur pun boleh membakar lemak ketika anda sedang lena dibuai mimpi indah. Jika anda idamkan tubuh badan yang langsing dan cantik, pastikan anda lakukan 6 cara mudah ini untuk membakar lemak ketik tidur.

1. Makan malam awal

Jika makan sebelum tidur proses pencernaan akan menjadi perlahan. Ia akan membuatkan jumlah lemak sedia ada berkembang. Pastikan makan malam lebih awal untuk memastikan sistem pencernaan membantu sistem penghadaman.

2. Senaman ringkas selepas makan

Salah satu yang boleh dibuat ialah berjalan-jalan selepas makan malam. Ia membantu fungsi penghadaman lebih baik. Kualiti tidur juga bertambah baik.

3. Pastikan suhu bilik dingin/rendahkan suhu

Tidur di suhu bilik yang sejuk membantu untuk membakar kalori. Ini kerana tubuh bekerja keras untuk meningkat suhu badan sekaligus membakar lebih 100 kalori.

4. Minum teh hijau/limau suam

Minuman ini mengandungi antioksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh tahap radikal bebas plumbum metabolisme badan. Minuman ini juga membuatkan anda segar dan bertenaga sepanjang hari

5. Tidur selama 7-8 jam

Kajian mendapati kekurangan tidur boleh menyebabkan sel-sel lemak kurang sensitif terhadap insulin, perubahan metabolisme yang dikaitkan dengan obesiti.

No comments

Powered by Blogger.