Batuk Berkahak Berminggu Minggu Tak Sembuh, Cuba Petua Ini - Abang Terlajak Laris


Batuk Berkahak Berminggu Minggu Tak Sembuh, Cuba Petua Ini


Perkongsian oleh Rossa Kesoma Wijaya,

Kepada rakan rakan yang pernah diserang batuk berkahak berminggu minggu atau berbulan, saya ada satu petua yang diberikan oleh sorang wanita cina yang mndapat rezeki berupa petua ini dari seorang makcik dipinggir jalan beberapa tahun lalu.

Saya pula kalau diserang batuk, sebulan baru sembuh dan semua petua dan ubat saya telan dan minum, minum air rebusan sireh, madu lah, lemon di bakar lah, ubat batuk berbotol botol pun masih tak sembuh, akhirnya saya cuba petua ini.

Satu ruas halia dibakar
21 ulas (saya pilih angka ganjil) bunga cengkih

Dua bahan ini ditumbuk lumat
Rendamkan dengan segelas air panas mendidih selama 10 minit.
Pastu minum panas

Jangan lah lupa baca Bismillah dan selawat agar kita cepat sehat.

Rasa air halia bakar dan cengkih ni agak kaw kaw...ala alateh tarik india yang berempah tu.

Boleh refill air panas lagi untuk diminum, sejauh ini sangat mujarab. InshaAllah.
Menyembuhkan sesuatu penyakit itu sangat mudah bagi Allah.
Mesti minum air masak banyak2 ya..


No comments

Powered by Blogger.