Buah Mengkudu & Madu, Rahsia Tetap Bertenaga Walaupun Dah Bercucu 7 Orang - Abang Terlajak Laris


Buah Mengkudu & Madu, Rahsia Tetap Bertenaga Walaupun Dah Bercucu 7 Orang


Perkongsian oleh Anggraini Agam DrAya,

Ketika saya belajar tentang perubatan herba dan At Tibunabawi dari guru tersohor Pak Odas Sunjana dan Avip Vivarullah Wiharta di Green Zone, Indonesia...baru saya tahu mudahnya membuat sirap ubat batuk paling berkhasiat. Cuma madu dan buah mengkudu. Maka sepulangnya saya dari Green Zone saya mulai peram sebiji mengkudu di dalam madu. Mengkudu yg terendam di dalam madu akan berfermentasi dan menghasilkan khasiat yang sangat mengkagumkan.

1. Meredakan batuk
2. Memberikan tenaga
3. Melawaskan pembuangan air besar
4. Meningkatkan sistem pertahanan badan.
5. Membantu penyembuhan.

Bagi yang ada menanam pokok mengkudu, usah dibiarkan memburuk didahan. Rendamkan saja dalam madu. Amalkan setiap hari. Sekarang anda tahu mengapa saya tetap bertenaga meskipun sudah bercucu 7 orang.

* Caranya rendamkan mengkudu yang sudah dipotong potong ke dalam madu. Tutup botol rapat rapat. Peram sehingga mengkudu terlerai. Biasanya 2 ke 3 bulan. Saring untuk asingkan biji. Minum setiap pagi. Jika mahu cepat lerai, gunakan mengkudu masak.

No comments

Powered by Blogger.