Cara Mudah Buat Masker Buah Delima, Tegangkan Kulit & Elakkan Kedutan Pada Wajah - Abang Terlajak Laris


Cara Mudah Buat Masker Buah Delima, Tegangkan Kulit & Elakkan Kedutan Pada Wajah


Buah delima mempunyai antioksida berupaya melambatkan proses penuaan sekali gus mampu menegangkan kulit dan mengelakkan kedutan pada wajah.

Kandungan gula di dalamnya pula mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Dan hasilnya kulit akan kelihatan segar dan awet muda.

Cara caranya

Gaul ½ cawan biji delima dengan ½ cawan gula putih. 

Masukkan juga dua camca besar minyak zaitun dan dua titik pati minyak lavender di dalam mangkuk kecil. 

Tekan bahan-bahan tersebut menggunakan bahagian belakang camca. 

Kemudian, campurkan minyak zaitun dan kacau rata. Biji-biji delima akan mengeluarkan haruman segar apabila dihancurkan tetapi tidak salah jika anda ingin tambah pati minyak haruman kegemaran. 

Urut bahan skrub tadi pada kulit perlahan-lahan. Lebihan skrub boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk tempoh sebulan.

No comments

Powered by Blogger.