Detoks Buang Angin, Amalkan Seminggu Perut Kempis - Abang Terlajak Laris


Detoks Buang Angin, Amalkan Seminggu Perut Kempis


Perkongsian oleh Puan AmiEra Johan,

Ni cara mudah saya detox badan… hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak operate 2x perut susah nak kempis sebelum ni. Segala angin habis keluar.. bila sendawa & kentut-kentut rasa lega sangat. Tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.

Bahan-bahan:
Green tea cap boh 1 uncang
Halba 1sb
Halia suka hati nak buh banyak mana (Lagi banyak lagi bagus)
Air kosong 2 cawan

Note: Untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani/kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari tau. 1-2 kali seminggu tu dah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.

Cara-caranya:
Rebus semua bahan sampai mendidih. Tunggu agak-agak dah suam-suam kuku. Minum. Nak tambah madu sikit pun ok. Bagus amalkan time perut kosong. Sebelum makan la ya.

Detox ni laki pompuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawa keluar angin jahat, juga boleh turunkan berat badan. Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya ni. 

No comments

Powered by Blogger.