Epal Hijau Banyak Khasiat Untuk Kita, Ini Cara Paling Sedap Anda Boleh BUat - Abang Terlajak Laris


Epal Hijau Banyak Khasiat Untuk Kita, Ini Cara Paling Sedap Anda Boleh BUat


Perkongsian oleh Zuraita Mohd Anua,

Kita tahu epal banyak khasiat. Tapi kita selalu malas nak makan. Sebenarnya ada banyak sebab mengapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari.

Satu kajian mendapati, orang yang makan sekurang-sekurangnya 5 biji epal seminggu dipercayai memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat. Saintis juga telah mengesahkan epal sangat bagus untuk kesihatan jantung. Bahkan makan epal 2-3 biji sehari juga membantu menurunkan paras kolesterol. Bagi orang yang ingin berdiet, epal memang buah wajib ambil!

Bagi anda yang nak makan epal hijau tapi susah nak habiskan sebiji, anda boleh cuba sediakan hidangan epal seperti ini.

Potong epal secara bulat dan sederhana nipis. 
Kemudian campurkan sedikit asam boi (penting untuk memilih asam boi yang sedap. Jangan pilih yang terlalu masin atau pahit. 
Jumlah asam boi bergantung pada selera tapi tak perlu banyak. 1-2 biji dah cukup). Tambahkan cili padi atau sedikit madu jika suka. 
Gaul rata dan sejukkan sekejap sebelum dimakan. Rasanya memang sedap. 

Anda boleh buat banyak untuk dimakan seisi keluarga. Suami saya yang kurang suka makan buah pun dah jadi suka bila saya buat macam ni.

Apabila epal dipotong nipis seperti ini, anda lebih mudah nak makan dan teksturnya lebih rangup. Tambah-tambah bila dimakan sejuk. Nak makan buah pun boleh dipelbagaikan (selain dibuat jus). Yang penting, kita nak dapatkan khasiatnya.

Amalkan setiap hari. (Ia turut membantu mengekalkan berat badan juga!) Kalau suka, tambahkan juga beberapa biji strawberry (ini yang paling best), nanas atau buah apa saja.


Selamat mencuba! Selain makan sedap, kitapun nak makan sihat kan.

No comments

Powered by Blogger.