Gastrik? Cuba Amalkan 3 Bahan Semulajadi Ini - Abang Terlajak Laris


Gastrik? Cuba Amalkan 3 Bahan Semulajadi Ini

Foto: Woman, Health, and Infotainment

Anda sering sakit perut akibat gastrik dan dimasuki angin? Jangan abaikan kesihatan anda. Atasi segera dengan makanan-makanan terbaik untuk mengubati penyakit ini.

Menarik sekali, ia tidak perlu dicari jauh, di setiap rumah pasti ada bahan-bahan ini.

Daun pudina

Ia membantu mengurangkan asid dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. Ia juga mempunyai kesan menyejukkan, sekaligus melegakan sakit perut akibat asid relfuks. Hanya perlu merebus seketika daun pudina yang telah dihiris. Kemudian, minum airnya selepas ia sejuk. 

Halia

Ia sangat membantu melancarkan sistem penghadaman dan meningkatkan penyerapan nutrien. Halia mampu melindungi usus anda daripada ulser dengan merembeskan mukus dan mengurangkan asid dalam perut. Rebus seketika beberapa hiris halia. Kemudian minum airnya ketika ia telah sejuk atau pun suam. Terasa perut semakin lega dan lancar!

Buah pisang

Pisang mengandungi pottasium yang sangat tinggi dan mampu mengimbangi asid dalam perut. Juga memiliki serat yang melancarkan penghadaman dan mengurangkan asid dalam perut. Hanya perlu mengambil pisang dan makan beberapa biji untuk mengurangkan kesakitan pada perut. 

Sumber: CARI 

No comments

Powered by Blogger.