Gusi Berdarah? Cuba Rawat Dengan 2 Petua Ini - Abang Terlajak Laris


Gusi Berdarah? Cuba Rawat Dengan 2 Petua Ini

Sumber: girlishh.com
Keadaan pendarahan gusi adalah tidak sihat, oleh itu ia tidak sepatutnya diabaikan oleh semua. Pendarahan gusi boleh disebabkan oleh faktor yang pelbagai (multifaktorial). Ianya boleh berlaku pada peringkat permulaan jangkitan gusi seperti gingivitis, atau sebagai tanda kepada masalah-masalah kesihatan yang lebih serius.

1. Bancuh setengah sudu teh garam dengan segelas air suam. Gunakan untuk berkumur setiap hari selepas bangun dari tidur. Kesan ketara kelihatan dalam masa 3 hari.

2. Rebus beberapa helai daun kacang dan daun inai sehingga mendidih. Masukkan sedikit asam gelugur dan garam. Kacau hingga garam larut dan tutup api. Suamkan dan gunakan untuk berkumur. Lakukan hingga sembuh.

Ataupun, 

Sebaik sahaja anda menyedari bahawa gusi anda mudah berdarah, maka anda perlu berjumpa doktor gigi dengan segera untuk mengetahui punca-punca yang mungkin, sama ada anda mempunyai penyakit periodontal atau sebarang masalah perubatan lain yang berkaitan. Pengesanan awal adalah sangat penting kerana bergantung kepada faktor penyebabnya, pendarahan gusi mungkin boleh menjadi sesuatu yang dapat dirawat dalam masa seawal 2 minggu. Walau bagaimanapun, jika jangkitan teruk adalah sebagai punca, maka rawatan lanjut adalah diperlukan.

Sumber: 101petua.com & Myhealth 

No comments

Powered by Blogger.