Hubungan Makin Dingin, 5 Perkara Ini Anda Kena Lakukan Segera - Abang Terlajak Laris


Hubungan Makin Dingin, 5 Perkara Ini Anda Kena Lakukan Segera


Berkahwin bukan untuk jangka pendek, betul tak? Dalam tempoh 'honeymoon' semuanya manis dan romantik. Tapi bila usia perkahwinan menginjak lebih lama akan ada perasaan dingin dalam diri pasangan. 

Berikut adalah beberapa cara untuk anda menghangatkan semula hubungan yang semakin dingin.

1. Kekerapan Mengurat
Ketika sedang berbulan madu, anda hanya akan melihat ke telefon anda hanya untuk memastikan samada si dia ada menghantar mesej kepada anda atau tidak. Setelah beberapa tahun, teknologi boleh menjadi penghalang namun ia tidak perlu menjadi seperti itu. Telefon boleh menjadi alat yang menghubungkan komunikasi antara anda berdua.

2. Buat Dirinya Rasa Disayangi
Sesetengah orang menunjukkan kasih sayang mereka dengan tindakan mesra seperti berpelukan dan berciuman tidak kira masa dan sesetengah hanya mengharapkan perkataan sayang. Bertanya pada si dia apakah yang akan membuatkannya berasa sangat disayangi – ini boleh membantu anda untuk bersedia.

3. Jangan Lupa Untuk Berseronok
Fasa bulan madu segalanya adalah tentang keseronokan bukan – jadi mengapa pula anda perlu melepaskan peluang itu. Sediakan satu bulan madu mini untuk anda berdua mengingati kembali saat-saat indah bersama – ia tidak memerlukan pelaburan yang banyak dan cukup mudah.

4. Luangkan Masa Berasingan Seketika
Sesiapa yang berada dalam suatu perhubungan dalam jangkamasa yang lama kemungkinan akan mulai berasa bosan. Luangkan masa secara berasingan bersama keluarga dan rakan – perlahan-lahan anda berdua akan saling merindui semula.

5. Lakukan Segalanya Secara Spontan
Apabila tiba mengenai soal membelikan hadiah, ia adalah ingatan yang bernilai untuk anda dan bukannya harga sesebuah hadiah itu. Tinggalkan nota yang menarik pada beg tangan si dia ataupun sediakan makan malam romantik khas untuk si dia.

No comments

Powered by Blogger.