Ibu Bapa Jangan Tunggu Anak Jadi Obes, Lakukan 6 Perkara Ini Untuk Menghalangnya - Abang Terlajak Laris


Ibu Bapa Jangan Tunggu Anak Jadi Obes, Lakukan 6 Perkara Ini Untuk Menghalangnya


Kajian yang dilakukan Persatuan Pemakanan Malaysia pada 2015 menunjukkan hampir 30 peratus kanak- kanak dan remaja berumur antara enam hingga 17 tahun mengalami obesiti. 

Definisi obesiti bagi kanak-kanak agak sukar untuk  ditentukan kerana berat badan harus dikira mengikut peringkat umur, ketinggian dan jantina.

Menurut myhealth.gov, kanak-kanak obes pula perlu mengekalkan berat sepanjang tumbesaran kerana semasa tinggi bertambah berat akan menjadi kekal. Ini boleh memperbaiki semula kesihatan kanak-kanak obes. Masalah kesihatan berkaitan dengan obes boleh dikurangkan dengan tabiat makan yang baik dan senaman yang kerap. 

Pastikan mereka lakukan perkara ini:

Kegiatan fizikal setiap hari, selama sekurang-kurangnya satu jam. Ini berkesan untuk mengawal berat badan dan mengurangkan risiko penyakit, di samping meningkatkan kekuatan otot. Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau terlalu memenatkan. Senaman yang baik sepatutnya melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot. Untuk kanak-kanak pra sekolah, permainan di taman permainan atau aktiviti diluar rumah perlu digalakkan.

Sokongan dan minat ibu bapa terhadap aktiviti anak mereka. Aktiviti yang dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan membuat catitan menggunakan satu carta. Pujilah mereka sekiranya mencapai matlamat. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.

Galakkan kanak-kanak makan lima hidangan sayur dan buahan setiap hari. Hiaskan pinggan makan untuk kanak-kanak dengan pelbagai warna menggunakan tomato, brokoli, jagung, karot, ubi kentang dan kacang hijau. Hidangkan buah-buahan segar seperti tembikai, belimbing, limau dan elakkan jus.

Makan mengikut masa, iaitu untuk sarapan pagi, tengahari dan malam. Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak akan berasa terlalu lapar menyebabkan terlebih makan kemudian.

Makan sarapan pagi, tengahari dan malam di rumah bersama ahli keluarga. Elakkan makan sambil menonton televisyen.

Jangan meletakkan televisyen di bilik tidur anak dan kurangkan penggunaan gajet.

Sumber: SirapLimau

No comments

Powered by Blogger.