Khasiat Minyak Bawang Putih Yang Boleh Digunakan Dalam Harian Kita - Abang Terlajak Laris


Khasiat Minyak Bawang Putih Yang Boleh Digunakan Dalam Harian Kita

Sumber: Ida Shahida
Minum sebagai ubat, boleh digunakan dalam masakan juga. 

Khasiatnya

1. Mencegah dari keracunan makanan
2. Mengubat jangkitan kulat pada kulit
3. Mengubati jerawat
4. Menambahkan tenaga fizikal dan stamina
5. Mencegah serta menyembuhkan demam dan juga selsema
6. Mengawal berat badan
7. Melindungi jantung dan menurunkan kadar kolesterol serta tekanan darah
8. Mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser
9. Menurunkan tahap gula dalam darah
10. Meredakan kesakitan gigi
11. Mengatasi masalah rambut gugur
12. Mengurangkan angin dalam badan
13. Membantu mencegah stress, kemurungan dan rasa cemas
14. Meningkatkan kemampuan seksual.
15. Merawat jangkitan ketuat
16. Sangat baik untuk masalah selsema kanak kanak dan bayi

Cara membuatnya:

MINUM SEHARI SEKALI SAJA sebayak 1 Sudu kecil atau 5ml.

1. Pilih bawang putih 1 labu yang ulas besar dan masih dibaluti kulit asal sepenuhnya.

2. Asingkan ulasnya satu persatu.

3. Ambil pisau dan ketuk supaya mudah tanggalkan kulitnya. Selepas tanggal kulit masukkan kedalam piring dan **biarkan bawang itu selama 10 minit** ( langkah terpenting untuk mendapatkan manfaat bawang putih sepenuhnya -inilah bahagian terpenting dalam menjaga qualiti bawang putih).bahagian yang paling penting dan sangat sangat berkhasiat ialah "BAU&RASANYA inilah penuebab kepada sesetengah orang tak suka bawang putih tapi itulah 'superpower.

4. Jangan cuci dengan air sebab ianya akan menghilangkan zat ( cuci tangan bersih sebelum memulai proses ini).

5. Masukkan bawang kedalam periuk/ kuali kemudian masukkan extra virgin olive oil 500ml/2 cawan ( minyak zaitun atau Canola oil atau grapeseed oil.( paling bagus extra virgin olive oil).

6. Masak minyak bersama bawang putih pada api yang slow dan sederhana sahaja selama 15-20 minit sahaja pastikan api tidak terlalu kuat . Api slow- sederhana ( kita tengok masa minyak dan bawang mendidih, ianya akan kelihatan buih buih yang kecil sahaja sebab kalau api suhu kuat maka ia akan menggelegak dengan buih yang besar.penghasilan minyak bawang putih yang baik ialah dengan cara api yang perlahan dan mendidihpun perlahan lahan.jika kelihatan bawang sudah berwarna keperangan' maka alihkan kuali/ periuk dari api - angkat kuali dari api dan letak disebelah.

7. Keluarkan bawang dari kuali dengan menggunakan sudu dan sejukkan. Dah sejuk masukkan bawang tadi kedalam bekas/ botol ( jangan tersentuh tangan).

8. .sejukkan minyak kepada suhu bilik. Bila dah sejuk masukkan minyak kedalam botol yang berisi bawang putih tadi.tudung dng penutupnya.

9. Minyak ini boleh terus diguna pada saat itu juga samada untuk diminum atau sebagai bahan masakan.

10. Anda boleh guna minyak ini hanya dalam masa 1-2 minggu sahaja sebab selepas tempoh tersebut minyak itu sudah dianggap rosak' kerana bakteria jahat mudah terjadi.( selepas seminggu minum sebaiknya anda cium dan rasa sikit- masih elok untuk diminum atau sudah rosak).

11. Jika anda sekadar nak minum sahaja masaklah 1 cawan cukup. Nanti habis masak lain semula.Oleh itu adalah disyorkan supaya setiap kali masak hanya 1 cawan minyak sahaja bergantung pada jumlah penggunaan anda.( minyak bawang putih ini boleh juga diguna untuk memasak). Jadi tidak rugi kalau masak banyak.

12. Tidak boleh disimpan didalam peti ais.

13. Untuk khasiat yang terbaik adalah disarankan anda memakan bawang putih mentah 2-4 biji sehari iaitu dengan cara menguyah atau buat ulam.

14. Minyak bawang putih diminum sebanyak 5ml iaitu 1 sudu kecil sahaja sehari.

15. Minyak bawang putih lebih baik dari pil bawang putih.

16. Minyak bawang putih dibuat sendiri lebih baik lagi sebab kita boleh menjaga qualitinya iaitu- paling penting ialah ' membiarkan bawang putih yang anda telah ketuk selama 10 minit ' supaya bahan yang berbau busuk' dan rasa cengih itu aktif.masa inilah ia akan mengualitykan kebaikan bawang putih.

Sumber: Ida Shahida

No comments

Powered by Blogger.