Lakukan 5 Perkara Ini Elak Demam Kuning Bayi - Abang Terlajak Laris


Lakukan 5 Perkara Ini Elak Demam Kuning Bayi

Foto: Asiababycenter
Eh, bolehkah elak demam kuning bayi sejak dalam kandungan?

Yalah, ibu mana yang tidak sedih melihat bayi yang baru lahir disahkan menghidap demam kuning. Ingatkan lepas lahir, dah boleh terus bawa anak balik ke rumah tanpa sebarang masalah.

Ibu mengandung perlu lakukan 5 perkara ini untuk elak demam kuning pada bayi:

1. Lakukan pemeriksaan darah

Bilirubin merupakan sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh pecahan sel darah merah.  Darah yang tak sepadan antara ibu dan bayi boleh menyebabkan breakdown sel darah yang menghasilkan banyak bilirubin. Wanita yang mempunyai darah O+ juga berisiko. Sebab itu penting untuk lakukan pemeriksaan darah.

2. Elak bersalin awal
Bayi yang lahir sebelum 34 minggu berisiko tinggi untuk mendapat sakit kuning. Oleh itu pastikan anda lakukan di bawah ini untuk elak bersalin awal.

Elak pencemaran bahan kimia:
Tembakau, arak, dadah, ubat daripada bahan kimia serta pencemaran boleh menyebabkan bersalin awal daripada waktunya. Bayi yang belum cukup bulan berisiko untuk mendapat sakit kuning.
Sentiasa tenang:
Stres antara penyebab kelahiran pra-matang. Jadi, sentiasa tenangkan diri.
Pastikan tidak terdedah pada penyakit berjangkit:
Sebaiknya pelihara diri daripada terkena penyakit berjangkit seperti herpes, syphilis yang boleh menyebabkan kelahiran pra-matang.
elak demam kuning bayi
Elak stres dan keletihan yang melampau. /  Foto kredit: thebirthpro.org

3. ‘Keep up to date’ Penjagaan pranatal 
Penjagaan pranatal yang konsisten akan memastikan anda dan bayi sentiasa sihat sepanjang mengandung. Jangan ‘missed’ temujanji dengan doktor di klinik kesihatan kerajaan atau swasta yang ditetapkan. Sebarang masalah juga dapat dikesan dengan segera sebelum bersalin.

4. Amal makanan tinggi khasiat
Makanan berciri ‘super food’ seperti kurma, susu kambing, madu lebah, buah delima adalah antara makanan yang sangat elok dimakan sepanjang kehamilan. Makanan sebegini mempunyai nilai khasiat yang amat tinggi dan terbukti mampu menghindarkan bayi dan ibu daripada sebarang penyakit semasa menghampiri proses bersalin.

5. Bersedia untuk menyusu badan 
Seawal kelahiran, segerakanlah memberi susu badan pada bayi kerana ia dapat mengelakkan bayi terkena demam kuning.

Buat persediaan supaya anda lebih yakin untuk memberi susu badan kepada bayi. Walaupun ia kedengaran remeh, percayalah, proses menyusu badan bukanlah sesuatu yang begitu mudah. Ia sebenarnya memerlukan persediaan mental dan fizikal, terutamanya pada detik awal-awal kelahiran.

Ada ibu yang akan menghadapi masalah puting susu tersumbat, payudara bengkak, sehingga ada yang sampai demam!

Apabila badan bayi semakin mendapat nutrisi dan berat yang stabil, hatinya dapat berfungsi dengan lebih baik seterusnya menentang lebihan bilirubin.

Sumber: siraplimau

No comments

Powered by Blogger.