Masalah Pori Terbuka, Nak Kulit 'Flawless & Glowing', Cuba Masker Ni - Abang Terlajak Laris


Masalah Pori Terbuka, Nak Kulit 'Flawless & Glowing', Cuba Masker Ni


Perkongsian oleh Mem Myrah,

Pori terbuka susah nak nampak kulit flawless dan glowing. Kadang kadang nampak macam kulit muka berlubang. Selalunya terjadi dekat area pipi, dagu dan hidung. 

Banyak faktor pori terbuka ni salah satunya disebabkan malas cuci kulit muka. Ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar. 

Bahan bahan
Pisang, yogurt dan madu asli.

Cara caranya
1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata.
2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.
3. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.
4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.

Ketiga tiga bahan ni banyak sangat manfaat untuk kulit muka. Lepas buat masker ni, jangan lupa sapukan Argan oil dan Honey bee macam biasa sebelum tidur. 

No comments

Powered by Blogger.