Masker Ini Kurangkan Garisan Halus Di Wajah - Abang Terlajak Laris


Masker Ini Kurangkan Garisan Halus Di Wajah


Perkongsian oleh Esyima Zamri,

Bila muka terlalu terdedah kepada radikal bebas, mula lah keluar garisan halus dan kedutan manja dekat wajah.

Tak best kan, umur baru 25, orang panggil acik. So, hari ni Syima nak share masker yang dapat kurangkan garisan halus di wajah.

Ramuan utama yang Syima guna pastilah ramuan yang terbaik yang dapat menstabilkan radikal bebas.

Syima guna Buah Blueberry.

Blueberry ni sangat tinggi antioksidan. Antioksidan ni halang radikal bebas, lambatkan penuaan dan meningkatkan kolagen pada kulit.

Syima juga menggunakan 2 lagi bahan asas yang sangat baik untuk kulit. Syima gunakan lemon yang dapat rawat masalah jerawat dan yogurt yang baik untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Cara peyediaannya sangat mudah. Campurkan semua bahan dan blend. Kemudian sejuk bekukan untuk kegunaan yang lama.

Mudahkan? Jom cuba!

No comments

Powered by Blogger.