Masker Untuk Wajah Lembap, Tegang, Bebas Minyak & Cerah - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Masker Untuk Wajah Lembap, Tegang, Bebas Minyak & Cerah


Perkongsian oleh Atieqa Hod,

Cik Qa nak kongsi dengan hangpaaa cara buat masker tomato yogurt yang super duper mudah. Lepas ni wajah akan lembap dan bebas minyak, malah cerah berseri-seri dan kemerahan bak bidadari!

Bahan-bahan:

1 biji Tomato 
2 sudu yogurt asli

Cara:

1. Lenyekkan tomato sehingga hancur okay.
2. Lepas tu masukkan 2 sudu yogurt asli dan gaul sampai mesra sebati 
3. Sapu pada wajah anda yang sudah dibersihkan terlebih dahulu.
4. Biarkan selama 30minit
5. Bilas dengan air suam.

Masker ini berfungsi menyejukkan kulit dan juga bekalkan protein supaya kulit lebih tegang & glowing. Selain itu, membantu kulit menyedut lebih oksigen seterusnya melambatkan proses penuaan dan kedutan diwajah. Lepas nie mesti tampak awet muda gitu.

No comments

Powered by Blogger.