Minuman Susu Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan - Abang Terlajak Laris


Minuman Susu Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan


Perkongsian oleh Norliza Mohd Salleh

Hujan hujan ketika berpantang anak ke tiga pada hari ke 28 rasanya sesuai sangat saya buat susu ini untuk diminum. Rasanya tak pelik sangat pun. Rasa lemak lemak gitew. Bagus untuk buang angin dalam badan ni. Anda harus cuba ini! Ada juga ke yang pernah cuba?

Minuman susu halia

3 batang serai diketuk
3 cm halia diketuk
1 helai daun pandan

Kesemua bahan tersebut di ketuk dan cuci bersih dan di rebus. Dengan 5 gelas air sehingga menggelegak. Dan tutup api. Tunggu agak suam sedikit boleh di campurkan dengan susu pekat manis pun boleh, susu debu pun boleh. 

Dan boleh minum. Bila bila masa.
Sesuai untuk lelaki dan perempuan. 

No comments

Powered by Blogger.