Nak Jeruk Cili Padi Tahan Lama, Cuba Cara Mudah Ini - Abang Terlajak Laris


Nak Jeruk Cili Padi Tahan Lama, Cuba Cara Mudah Ini

Ada yang buat jeruk cili padi tapi tak tahan lama. Seleps beberapa hari akan berkulat walaupun dok dalam peti sejuk. Cili jeruk berkulat disebabkan cili tak direbus dulu dengan air bercampur cuka.

Bahan bahan
cili padi (merah), 
cuka, 
air, 
gula, 
garam dan kapur (jika ada). 

Kalau nak guna cuka epal pun boleh. Nak guna lada besar juga boleh ya. Anda boleh juga hiris - hiris cili padi jika mahu .

1- Rendam cili padi dalam air kapur selama 15 hingga 30 minit . Lepas tu keluarkan dan cuci . Tujuannya supaya cili padi kekal rangup seperti masih segar / tak kecut .

2- Masukkan 1 cawan air ke dalam periuk, masak hingga mendidih.

3- Tutup api, masukkan cili padi. Bila cili padi dah tukar warna / layu, angkat.

4- Masukkan 1/2 cawan cuka, 1/2 gula dan 1/2 sudu kecil garam. Masak hingga mendidih.

5- Biarkan sejuk seketika.

6- Masukkan cili padi ke dalam bekas, lepas itu, tuangkan air yang bercampur cuka tu ya.

7- Simpan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya dah boleh makan .

No comments

Powered by Blogger.