Nak Kenal Perwatakan & Taktik Lelaki Gatal? Baca Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Kenal Perwatakan & Taktik Lelaki Gatal? Baca Ni


Wajah yang kacak dengan penampilan bergaya tidak cukup untuk anda menilai seorang lelaki itu tanpa mengenali latar belakangnya. 

Anda yakin dengan kejujuran, keperibadian dan setiap tindak tanduk si lelaki yang anda kenali itu? 

Inilah ciri-ciri lelaki kasanova ataupun lelaki gatal yang anda kena tahu supaya anda tidak terjerat dengan perangkap sang buaya darat! Awas, lelaki gatal bukan mahu menjalinkan hubungan cinta yang serius dengan wanita, tetapi mereka hanya inginkan keseronokan semata. 

Jom, kami selongkar taktik si lelaki gatal!

1. Kacak & Bergaya

Kebanyakan lelaki gatal mempunyai rupa yang kacak dan sentiasa menjaga penampilan untuk memikat wanita. Jadi, jika anda terpikat dengan seorang lelaki kacak, selidik dan kenali dahulu mereka dengan lebih mendalam, sebelum anda meneruskan perhubungan dengan lebih serius. 

2. Ramai Teman Wanita

Lelaki jenis ini tidak akan pernah setia pada satu wanita. Mereka sering bertukar ganti teman wanita seperti bertukar pakaian. Biasanya mereka sukar untuk menunjukkan komitmen dalam sesuatu perhubungan. 

3. Sukar Dihubungi

Lelaki gatal sukar dihubungi ketika keluar bersama wanita lain. Mereka akan ‘silent’ atau matikan telefon mereka agar tidak diganggu teman wanitanya yang lain. 

4. Perahsia

Kebanyakan lelaki gatal ini sangat berahsia. Termasuklah hal-hal peribadi seperti keluarga, kerja, tempat tinggal, rakan dan sebagainya. Biasanya bila ditanya, mereka akan mengelak daripada memberikan jawapan sebenar. 

5. Berani

Jika perkenalan anda dengan si dia masih di peringkat awal, tetapi si dia sudah bersikap “daring” seperti memegang tangan dan memeluk pinggang, awas! Lagi lama anda bersama si dia, lagi “daring” sikapnya nanti! 

6. Gemar Perbualan Kotor

Mereka gemar berbual tentang seks walaupun di awal perkenalan. Jika si lelaki gatal suka berjenaka, pastinya jenaka itu ada berbaur lucah. 

7. Minta yang Bukan-Bukan

Sang buaya darat biasanya gemar mengajak anda pergi ke tempat yang gelap, mengajak anda menemaninya masuk ke rumah atau menggoda anda dengan memuji kecantikan dan susuk tubuh anda untuk mendapatkan layanan tertentu yang tidak sepatutnya. Selepas mereka dapat apa yang dihajati, pastinya mereka akan menghilangkan diri! 

No comments

Powered by Blogger.