Nak Kuah Rojak Buah Sedap? Cuba Cara Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Kuah Rojak Buah Sedap? Cuba Cara Ni


Bahan-bahan

Satu botol (kecil) kicap manis (saya guna cap kipas udang) 
Satu botol (kecil) sos cili (saya guna cap maggi/life) 
1/2 keping (kecil) belacan madu 
1 senduk cili boh 
10 tangkai cili padi (boleh tambah jika nak lebih pedas) 
1 ketul gula kabung
1/2 paket gula batu
1 cawan gula pasir bancuhan tepung jagung secukupnya (saya bubuh 1-2 sudu besar) bijan dan kacang tanah tumbuk untuk hiasan

Cara-cara 

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali (kecuali tepung jagung, 
bijan dan kacang tumbuk)
Masak sehingga mendidih dan kuah agak pekat Masukkan bancuhan tepung jagung Tutup api dan biarkan sejuk
Hiris buah-buahan tempatan seperti jambu, mangga, betik muda, sengkuang, nenas, dan timun. 
Curahkan kuah ke atas buah-buahan tadi Taburkan bijan dan kacang tumbuk di atasnya Sedia dinikmati! 

Siap.

Sumber: www.nusaybahanuwar.com

No comments

Powered by Blogger.