Nak Turunkan Berat Badan & Awet Muda, Cuba Teh Jintan Manis Ini - Abang Terlajak Laris


Nak Turunkan Berat Badan & Awet Muda, Cuba Teh Jintan Manis Ini


Jintan manis bukan sekadar rempah biasa. Berfungsi menyedapkan masakan, ia juga boleh membantu menurunkan berat badan dan awet muda. 

Jom cuba resipi perkongsian saudari Suriani Senapi.

Bahan bahan
1 sudu besar jintan manis
2 gelas air

Cara memasak 
1. Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.

2. Masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadi. Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus padamkan api dan tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.

3. Setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas. Kacau dan minum 3 kali sehari sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam.

4. Untuk hasil yang lebih ketara, selepas minum teh jintan manis, bersenam selama 30 minit dan lakukan secara berkala. Hasilnya berat badan akan berkurangan bahkan juga akan menjadi lebih sihat.

No comments

Powered by Blogger.