‘Natural Milkbooster’ Untuk Menyusu Badan - Abang Terlajak Laris


‘Natural Milkbooster’ Untuk Menyusu Badan


Perkongsian oleh Puan Nurrul SyaBell,

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan usaha ini, Puan Nurrul berjaya menyusu badan sepenuhnya untuk 2 orang anak kembar lelakinya.

Cara Pertama 


Bahan-bahan:
Kurma merah
Longan kering
Gojiberry
Sedikit gula perang (brown sugar) 
Daun pandan.

Cara-cara:
Caranya mudah. Rebuskan kurma merah, longan kering dan goji berry dalam satu periuk. Sukatan air boleh agak-agak.

Untuk sedikit rasa manis, boleh tambahkan gula perang dan daun pandan untuk keharuman. Memang sedap sangat!

Cara Kedua


Bahan-bahan:
Kurma merah
Longan kering
Buah kundur
Barli
Gula batu
Daun pandan

Cara-cara:
Caranya sama dengan resepi pertama tadi. Rebuskan semua bahan dan kemudian perasakan dengan gula batu secukup rasa. Tambahkan daun pandan untuk mewangikan lagi aroma minuman.

Rasa minuman ini ala-ala lai chee kang. Sihat dan lazat!

NOTA TAMBAHAN

*Bahan-bahan ini boleh dicari di kedai ubat Cina / sensei. Kadang-kadang, di pasaraya biasa pun ada. Kalau tak jumpa juga, boleh dapatkan daripada Puan Nurrul sendiri. (rujuk link di bawah)

*Minuman ini boleh diminum suam atau sejuk, ikut citarasa sendiri.

*Stok air rebusan ini boleh disimpan dalam tempoh seminggu.

*Mungkin ada yang tanya; Buah kundur sebagai natural sugar / pemanis semulajadi. Kurma merah, longan kering, barli, dan goji berry pula adalah bahan milkbooster yang sangat berkesan.

No comments

Powered by Blogger.