Teh Halba, Petua Tradisional Untuk Kesihatan - Lelaki & Wanita Boleh Minum - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Teh Halba, Petua Tradisional Untuk Kesihatan - Lelaki & Wanita Boleh Minum


Perkongsian oleh Hamizah Zakaria, halba bahan utamanya. kawan kawannya tambahan je. Kalau rajin letak daun pandan sepotong dua tiga.

Bahan-bahan:

Halba satu sudu kecil
Air segelas
Madu satu sudu besar 
Limau kasturi (option lemon, limau nipis)

Cara-cara:

1. Rebus halba sehingga mendidih.
2. Biarkan sejuk.
3. Kemudian masukkan madu dan perah jus limau.
4. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.

*Wanita mengandung TAK boleh minum. Tunggu lepas bersalin dulu. Bagus diminum dalam pantang, cuma jangan letak limau. Hanya halba dan madu.

Khasiatnya pun banyak. Lelaki, wanita, kanak-kanak semua boleh minum.

Tips tambahan. Halba perlu direbus sehingga pecah biji untuk dapat kesan optimum. Lagi kuning warna air, lagi bagus. Tambah lemon atau limau untuk seimbang bau halba. Bila minum nanti, takde la bau kekejangan anak tekak.

Limau berfungsi sebagai detox. Untuk hilangkan rasa pahit, tambah madu atau gula perang.


No comments

Powered by Blogger.