Perkara Kecil Boleh Jadi Besar, 7 Cara Pujuk Pasangan Lepas Bergaduh - Abang Terlajak Laris


Perkara Kecil Boleh Jadi Besar, 7 Cara Pujuk Pasangan Lepas Bergaduh


Kebanyakan dari kita lebih suka dipujuk semasa kita merajuk. Jangan biarkan kononnya supaya si dia cool down baru nak pujuk. Jika ditunggu, dikhuatiri pelbagai prasangka buruk bermain di dalam hatinya.

Ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang suka apabila suami isteri bergaduh. Dari perkara kecil, pasti akan bercambah menjadi perkara besar. Jangan sekalipun merasakan bahawa itu perbuatan sia-sia. Ketahuilah, ada pahala memujuk yang Allah sediakan.

Jadi, bagaimana untuk memujuk pasangan anda?

1) Puji  si dia
Apabila bergaduh, kita kerap terlupa segala kebaikan yang dimiliki oleh pasangan kita. Disebabkan oleh satu perkara kecil yang menyebabkan kita marah, segala keburukan pasangan kita akan diungkit.

Elakkan melakukan perkara tersebut. Puji pasangan anda tentang apa jua yang anda sukakan padanya. Cantik, bergaya, pandai masak, comel, manja. Atau kuat, bergaya, rajin menolong di dapur, pandai melayan anak, kacak. Apa sahaja.

2) Beri hadiah 
Hadiah adalah antara cara yang sangat berkesan untuk memujuk pasangan anda terutamanya untuk kaum wanita. Tidak perlu dengan hadiah yang mahal. Hadiah yang kecil pun sudah memadai sekadar untuk memberitahunya anda sangat menyayangi dia.

3) Mengajak melakukan apa yang dia suka
Suami saya kerap mengajak saya melakukan aktiviti yang saya sukai untuk meredakan pergaduhan. Berbasikal, bermain ping pong atau memasak bersama-sama. Apa sahaja yang saya sukai. Semestinya saya akan menolak untuk menguatkan keegoan saya. Namun beliau memaksa. Walaupun penuh dengan keegoan, saya akui, dengan melakukan aktiviti yang saya sukai bersamanya, perasaan marah tersebut dapat berkurang sedikit demi sedikit.

4) Beri kejutan
Bawa pasangan anda keluar makan malam, membawanya ke pusat peranginan, hantar sejambak bunga di pejabat beliau atau apa sahaja bentuk kejutan yang boleh menggembirakan pasangan anda.

5) Mengucap kata-kata indah
Kaum lelaki tentunya terkenal dengan pandai mengucapkan kata-kata indah. Sekiranya anda pandai berkata manis sewaktu diawal cuba memperisterikan isteri anda, sudah pasti tidak mustahil untuk anda mengaplikasikan skil yang sama untuk memujuk beliau.

6) Bergurau senda
Cuba buatkan pasangan anda ketawa. Anda pasti mengetahui apa yang mampu membuatkan si dia ketawa. Buat lawak, geletek manja ataupun buat gaya yang kelakar.

7) Berdoa
Berdoa adalah cara yang paling penting dalam meredakan suasana rumahtangga yang ribut. Namun, ini tak bermakna anda hanya berdoa tatkala ditimpa masalah sahaja. Sentiasalah berdoa demi kebahagiaan rumahtangga. Lazimi menyebut zikir :

Ya Aziz
Ya Jabbar
Ya Mutakabbir

Sumber: bidadari.my 

No comments

Powered by Blogger.