Petua Berkesan Untuk Luka Melecur Guna Putih Telur & Kentang - Abang Terlajak Laris


Petua Berkesan Untuk Luka Melecur Guna Putih Telur & Kentang


Apa nak buat ya jika anda mengalami kecederaan ringan akibat melecur kerana tersentuh benda panas?

Kebiasaanya, jika berlaku kecederaan seperti ini, kita akan cepat-cepat melalukan anggota yang tercedera di bawah air sejuk atau air paip. Tak kurang juga yang menyapu ubat gigi pada bahagian melecur tadi, kan?

Mungkin anda tak tahu, putih telur juga dapat melegakan dan menyembuhkan kecederaan ini. Selain murah, telur sangat mudah didapati.

Caranya, asingkan putih telur dan sapu pada bahagian yang melecur tadi. Biarkan selama sejam atau sehingga ia mengeras. Kemudian, bilas dengan air biasa.

Jika masih sakit, ulang cara tadi sampai sembuh. 

Selain putih telur, kentang pun boleh digunakan untuk merawat kecederaan akibat melecur. Caranya, kupas kulit kentang dan cuci sehingga bersih. Kemudian, potong kepada beberapa bahagian, lalu disapu pada bahagian melecur tadi sebelum dicuci hingga bersih.

No comments

Powered by Blogger.