Petua Hilangkan Lenguh Badan, Buang Angin & Kempiskan Perut - Abang Terlajak Laris


Petua Hilangkan Lenguh Badan, Buang Angin & Kempiskan Perut


Perkongsian oleh Azurah Ahmad,

Air rebusan daun pandan (berapa helai ikut suka tapi jangan ler sampai 1 rimbun) + halia (2 inci diketuk) + gula batu (1 ketul). Rebus air dari 2 gelas jadikan 1 gelas. Minum suam suam sedap. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.

Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut (almaklum ler dah 6 bulan bersalin. Nak hilangkan perut gendut).

Ikutkan elok buat 2x sehari tapi tak dan nak buat siang hari. Buat malam je 2 jam sebelum tido. Errmm hasil dia, bedebus debus angin sesat keluar dari badan. Barang pun senang nak cari. Masih boleh telan. Cuba lah.

No comments

Powered by Blogger.