Rakyat Malaysia Paling Ramai Mati Awal Akibat Kencing Manis - Abang Terlajak Laris


Rakyat Malaysia Paling Ramai Mati Awal Akibat Kencing Manis

Foto:Aarokia.com
Menurut kajian daripada “Kesedaran Diabetis Asia” oleh Sun Life Financial, penyakit kencing manis menyebabkan jumlah jangka hayat rakyat Malaysia berkurangan 18 tahun.

Laporan kaji selidik itu juga mendedahkan, Malaysia mendahului jumlah pesakit kencing manis teramai di Asia diikuti Hong Kong dan Filipina.

Penyakit itu juga menyebabkan pengurangan jangka hayat warga Hong Kong dan Indonesia selama 16 tahun, Vietnam 11 tahun dan Filipina 33 tahun.

Ia meletakkan kes kencing manis di Malaysia pada 17.9 peratus, diikuti Hong Kong 9.6 peratus dan Filipina 6.9 peratus.

Kajian juga mendedahkan 42 peratus wanita di lima negara Asia tidak mengetahui bahawa wanita mengandung mempunyai lebih risiko kencing manis.

Secara purata, pengidap kencing manis membelanjakan RM7,508 untuk merawat penyakit berkenaan.

Sumber: Astro Awani 

No comments

Powered by Blogger.