Ramai Pasangan Muda Yang Baru Berkahwin Tak Buat 10 Perkara Ini - Abang Terlajak Laris


Ramai Pasangan Muda Yang Baru Berkahwin Tak Buat 10 Perkara Ini


Kepada mereka yang baru berkahwin mesti sudah habis banyak perbelanjaan. Lepas kahwin lagi banyak duit nak guna. Jadi, anda kena la ada perancangan untuk hidup selepas kahwin juga.

Jangan kumpul duit untuk buat belanja kahwin sahaja. Kena fikir juga perbelanjaan selepas kahwin.

1 – Beli Rumah Yang Kecil Dahulu
Beli rumah yang selari dengan perkembangan keluarga anda terlebih dahulu. Biar kecil asalkan ada tempat untuk keluarga kau berteduh daripada tinggal menyewa sampai ke tua.

Tak payah nak ikut orang. Orang beli rumah banglo, anda pun nak ikut juga. Padahal anda tidak tahu berapa gaji dia sebulan.

2 – Beli Kereta Biar Sepadan Dengan Gaji
Belilah kereta yang rendah harganya. Keluarga  masih kecil, elok beli kereta kecil dulu. Myvi, Viva atau Saga misalnya. Asalkan sampai ke destinasi yang dituju dan selesa untuk isteri dan keluarga. Beli kereta yang sesuai dengan pendapatan. Tak payah nak lawan dengan kawan-kawan yang lain.

3 – Jangan Ada Banyak Kad Kredit
Kad kredit tak payah banyak-banyak. Kalau suami dah ada kad kredit, isteri tak perlulah ada kad kredit lagi. Cukuplah satu untuk sekeluarga. Kalau  hanya bayar separuh je tiap bulan, baik tak payah guna kad kredit.

4 – Buat Bajet Kewangan Keluarga
Cuba buat bajet kewangan setiap bulan. Baru tahu ke mana aliran wang pergi. Bajet kewangan penting untuk kita mengatur kewangan keluarga.

5 –  Belanja Mengikut Kemampuan Kewangan
Bila k tengok kawan universiti beli kereta baru, anda rasa nak tukar kereta baru. Bila tengok kawan Facebook pergi travel oversea, anda menggelupur nak pergi sama. Jangan begitu. Seeloknya tangguh dulu kehendak dan utamakan keperluan.

6 – Elakkan Pembiayaan Peribadi Dan Hutang Yang Tidak Perlu
Kalau boleh jangan buat langsung pembiayaan peribadi. Kadar keuntungan bank tinggi. Melainkan hutang yang mampu mengembangkan lagi nilai bersih aliran tunai keluarga anda.

7 – Simpan Untuk Masa Hadapan
Simpanan setiap bulan yang minima mengikut kemampuan kewangan secara konsisten. Bina tabung untuk masa depan, contohnya tabung pendidikan anak-anak menggunakan tools ASB Financing ataupun Tabung Haji. Simpanan untuk membina aset, simpanan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

8 – Jangan Beli Perabot Baru
Kalau perabot tu masih baru, tak rosak jangan mengada nak beli baru. Ini tiap raya nak tukar baru je. Perkakas elektrik selagi belum rosak pun guna dulu. Saya sampai sampai sekarang tak beli televisyen lagi. Tidur pun guna tilam lipat. Rilek je dapat anak. Kah!

9 – Cipta Tabung Berwarna
Cipta tabung berwarna biru (RM1), hijau (RM5), merah (RM10), oren (RM20). Ikutla mana yang kau suka. Membina tabung berwarna keluarga lagi seronok rasa nak menyimpan. Gua buat tabung hijau je.

10 – Perbanyakkan Sedekah
Selalunya jika anda rajin bersedekah, anda akan murah rezeki. Rezeki yang datang tanpa diduga. anda sekeluarga tidak akan miskin jika melakukannya. Lagi banyak bagi kat orang, lagi banyak Tuhan bagi kat anda.

Artikel ini merupakan perkongsian daripada Tuan Amir Syahir. 

No comments

Powered by Blogger.