Ramai tak Tahu! 4 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog - Abang Terlajak Laris


Ramai tak Tahu! 4 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

Foto: iWeekly

Bagi anda yang ingin menjana pendapatan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi atau tiada kos yang dikenakan.

1. Jana Pendapatan Melalui Affiliate

Apa itu Affiliate? Ia adalah salah satu perniagaan internet yang boleh memberikan anda pendapatan hasil daripada promosi yang anda lakukan terhadap sesuatu produk. Ia juga merupakan salah satu sumber pendapatan jutawan internet yang ada sekarang.

Di Malaysia, affiliate tempatan adalah seperti Klik Jer, manakalah affiliate luar negara adalah seperti Amazon.com, Clickbank.com dan lain-lain yang sememangnya terkenal di kalangan kita.Namun,untuk buat duit dengan blog melalui affiliate, anda perlu menguasai ilmu pemasaran kerana ia dapat membantu anda untuk mempromosikan sesuatu produk nanti. (Pastikan affiliate yang betul). 

2. Jana Pendapatan Dengan Produk Sendiri

Apa kata kali ini,anda buat duit dengan blog dengan menggunakan produk sendiri. Contoh produk anda sendiri adalah seperti E-book. Teknik E-book tidak memerlukan kos yang besar untuk bermula dan kadangkala anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun modal untuk anda bermula.

Anda boleh mempromosikan produk anda di blog, forum dan Facebook. Anda akan mendapat kepuasan sekiranya E-book anda sentiasa mendapat permintaan dan membantu ramai orang. Paling menyeronokkan anda dapat menjana pendapatan yang banyak.

3. Jana Pendapatan Melalui Penulisan Blog

Sekiranya anda memang mempunyai kemahiran menulis ataupun gemar menulis, maka kongsikan bakat penulisan anda di blog. Potensi blog amat besar dan mampu bertahan pada masa hadapan.

Oleh itu,cungkilkan bakat menulis anda kerana apabila blog anda telah mendapat ramai pelawat, anda bolehlah buat duit dengan blog anda sama ada dengan menjual slot iklan, atau melalui Google Adsense dan sebagainya. Namun, anda diingatkan agar memberikan komitmen masa dan tenaga jika mahu buat duit melalui penulisan blog.

4. Jana pendapatan melalui membina blog dan  ‘monitize’

Monetize adalah teknik di mana bloggers hanya perlu membina blog dan memasangkan kod iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tempatan dan luar negara. Kemudian iklan-iklan tersebut akan terpapar di blog berdasarkan bidaan tertinggi dari pengiklan-pengiklan.

Terdapat pelbagai pengiklanan yang terkenal seperti Adsense (dari Google), Nuffnang, Innity dan sebagainya. Tetapi pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda.

No comments

Powered by Blogger.