Rupanya Ini Sebab Kita Suka & Selesa Dengan Bau Kentut Sendiri - Abang Terlajak Laris


Rupanya Ini Sebab Kita Suka & Selesa Dengan Bau Kentut Sendiri

Foto:baliberkarya.com

ASAPScience
mendedahkan, sebanyak 70 bilion kentut dilepaskan di seluruh dunia setiap hari, menjadikan purata 10 kentut datangnya daripada setiap individu.

Saintis turut mengesahkan menerusi satu ujian bau dengan mata ditutup (blind smell test), manusia selesa dengan bau kentut sendiri kerana bakteria yang menghasilkan bau tersebut adalah unik untuk setiap individu.

Bahkan, kajian tersebut mendapati, toleransi terhadap kentut turut dipengaruhi faktor seperti umur, budaya dan personaliti.

Apabila anda terhidu kentut orang lain yang berbau busuk (kentut tidak berbunyi), otak anda akan mengenal pasti ia sebagai sesuatu yang boleh memudaratkan tubuh, memandangkan kentut juga berupaya menyebarkan penyakit.

Kentut mampu menyebarkan streptococcus pyogenes, bakteria yang berpotensi menyebabkan radang tonsil dan penyakit pemakan daging, yang berpunca daripada partikel-partikel najis. 

No comments

Powered by Blogger.