Resipi Mudah Sambal Halia Untuk Ibu Dalam Pantang, Buang Angin - Abang Terlajak Laris


Resipi Mudah Sambal Halia Untuk Ibu Dalam Pantang, Buang Angin


Perkongsian oleh Norhafizah Md Ariffin,

Akak baru habis pantang. Harini teringin plak nak makan sambal halia versi mak akak. Dalam pantang hari hari makan sambal halia dengan ikan bakar pun takpe. Memang win tau sambal mak akak ni. Makan dengan nasi panas panas. Angin push push keluar mak dan anak.

Bahan bahan

Halia besar ibu jari kaki
Kunyit besar ibu jari tangan
Bilis segenggam 
Lada hitam 8 biji (lebihkan kalau suka pedas)
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah sebiji

Cara-cara

1. Tumbuk lada hitam dulu, kemudian baru masukkan halia, kunyit, bawang dan last bilis.
2. Tumbuk sampai lumat. Takyah tambah garam pun takpe sebab bilis dah masin. 

Note
Para suami boleh buat ni untuk isteri dalam pantang. 
Tapi sebaiknya tunggu anak habis kuning dulu.

No comments

Powered by Blogger.