5 Cara Guna Daun Kaduk Untuk Rawat Penyakit - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

5 Cara Guna Daun Kaduk Untuk Rawat Penyakit


1- Air rebusannya diminum untuk tujuan merawat masalah penghadaman, melegakan sakit tulang, lenguh dan bisa badan, melegakan masalah angin dalam perut dan usus serta menurunkan suhu demam panas.

2- Daun kaduk yang ditumbuk lumat, ditampal dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sakit tulang atau dipupukkan pada bahagian yang dijangkiti panau.

3- Manakala akar kaduk boleh merawat sakit gigi & gusi. Tumbuk lumat dan tampal pada tempat yang sakit.

4- Air rebusan akar kaduk boleh digunakan untuk merendam kaki yang dijangkiti kulat.

5- Ketika dalam pantang bersalin, panaskan tungku dan dimasukkannya ke dalam kain yang berlapikkan berbagai jenis daun herba termasuklah daun kaduk. Ia dituam dibahagian tertentu bertujuan untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan angin serta memberi rasa kesegaran pada tubuh badan.

Sumber: Fuziah Sulaiman blog

No comments

Powered by Blogger.