Tegas Atau Garang Dengan Anak? 4 Perkara Ini Kita Lupa Boleh Cetuskan Garang! - Abang Terlajak Laris


Tegas Atau Garang Dengan Anak? 4 Perkara Ini Kita Lupa Boleh Cetuskan Garang!


Tegas dan garang sangatlah ketara bezanya. Dalam kamus istilah tegas bererti jelas, terang dan lantang. Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau marah-marah dengan bengisnya.

Mak Ayah tak ada ler sampai garang gitu sekali kan. Jom kita tengok 4 perkara pencetus garang.

1. Menjerit-jerit

Lupa nak pelankan volume suara, maklum banyak tenaga yang datang dari emosi sebab rasa macam tidak dipercayai atau dikhianati. Apa pun perasaan kita, kawal sebaik mungkin volume suara. Ingatkan diri sendiri bahawa Allah tegur kita dalam surah al-Hujurat:2 supaya tidak angkat suara melebihi suara nabi. Begitu juga ingatan Allah dalam surah Luqman:19 tentang suara keldai meringkik.

2. Lupa Nak Tarik Nafas Dan Senyum

Kita lupa bahawa satu-satunya insan yang kita boleh kawal adalah diri sendiri. Bila tak dapat kawal muka kita jadi bengis, masam kelat, kening berkerut, mata jadi bulat besar, hodoh jadi nya! Apa yang kita pamerkan itulah yang kita dapat. Anak tengok anak jadi takut terciptalah jurang antara mak ayah dan anak, Imam Ghazali pernah berpesan untuk kita lihat wajah kita sendiri di cermin sebagai kaedah kawal diri ketika rasa nak marah-marah.

3. Lupa niat; Nak Terang Atau Nak Serang

Bila kita lupa peranan kita pada anak, hati mudah jengkel dan bosan, mulalah kita rasa anak ni lembab ke, tak faham-faham ke, kita mula bandingkan dengan anak orang lain ataupun bandingkan diri kita dulu-dulu, masa kecik dulu kita cepat faham, cepat patuh dan cepat taat padahal kita perasan je tu, akhirnya dengan anak cepat je nak serang dan mudahnya jadi garang.

4. Lupa Anak Kita Bukan Milik Kita

Anak-anak kita adalah milik Allah. Allah pinjamkan pada kita untuk kita urus anak sebagaimana yang dikehendaki oleh pemiliknya. Anak kita bukan juga hamba kita, bukan pula sumber kebanggaan mutlak, tetapi dia adalah jambatan dan jalan untuk meraih redha Allah.

Sumber: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

No comments

Powered by Blogger.