Skrub Beras Untuk Buang Daki, Kulit Mati & Lembutkan Kulit - Abang Terlajak Laris


Skrub Beras Untuk Buang Daki, Kulit Mati & Lembutkan Kulit


Perkongsian oleh Nrsuzy Jujit,

Cara membuat skrub beras:

1. Sediakan beras, kuali, mesin pengisar
2. Beras digoreng tanpa minyak sehingga garing dan warna kuning keemasan, tutup api (jangan sampai hangit pulak.. hehe..) 
3. Beras dah tak panas, kisar sehingga halus seperti dalam gambar diatas.
4. Simpan ditempat kering dalam bekas yang bertutup untuk tahan lama (jangan letak dalam peti ais pulak)

p/s: Boleh pakai skrub beras satu sudu utk seluruh muka, campurkan air sikit dan sapu ke kulit muka secara lembut.. Boleh juga pakai keseluruh badan dan campurkan dengan susu tepung (tak kisah jenama apa) utk hasil kulit yang lebih lembut & putih.. Amalkan seminggu sekali sehingga kulit bertambah baik & berterusan 2 kali sebulan.. 

Amaran: Tak digalakkan untuk kulit muka yang tengah naik jerawat yg masih merah merah.. Tunggu sehingga jerawat kering baru pakai ya.

No comments

Powered by Blogger.