Susah Nak Pikat Hati Suami? Cuba 5 Tips Yang ‘Super’ Romantis - Abang Terlajak Laris


Susah Nak Pikat Hati Suami? Cuba 5 Tips Yang ‘Super’ Romantis


Statistik dan punca-punca penceraian yang berlaku sekarang ada antaranya sangatlah tidak masuk akal untuk dijadikan penyebab runtuhnya sesebuah institusi rumah tangga. Di mana silapnya ya?

Sebagai seorang isteri terutamanya, wanita hari ini perlu bijak memikat hati suami dan menyemarakkan kembali api cinta seperti malam pertama.

1. Berhias untuk suami

Ramai wanita lupa untuk terus menjaga penampilan diri setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Kenapa tidak teruskan amalan berhias itu untuk suami, meskipun di rumah sendiri? Sekali sekala belanjakan wang membeli pakaian baru dan seksi dan berhias khas untuk suamimu.

2) Berikan 'suprise'

Setelah penat seharian bekerja, bayangkan betapa berbunga hati sang suami apabila pulang ke rumah dihadiahkan dengan kejutan istimewa daripada sang isteri. Tidak perlu berbelanja mewah, cukup sekadar membeli sejambak bunga ataupun menyediakan ‘Candle Light Dinner’ di rumah untuknya.

3) Semarakan debaran malam pertama

Masih ingatkah anda debaran ketika malam pertama? Sewaktu kali pertama dikucup dahi olehnya? Jadi, mengapa tidak menghidupkan kembali suasana penuh cinta tersebut?

Sekali sekala, ambil cuti pada hari minggu semasa  anak-anak ke rumah pengasuh dan luangkan masa berdua seperti di awal perkahwinan. Beli pakaian untuk memikat hati suami dan hidupkan kembali api cinta malam pertama!

4) Luangkan masa berkualiti bersama

Walaupun kehidupan harian yang sibuk mungkin tidak memberikan ruang kepada anda, cari cara untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama.

Berjalan-jalan romantis di taman, atau hanya duduk berdua di beranda rumah berdua untuk melihat bintang-bintang.

5) Duduk dan berbincang

Di dalam sesuatu perhubungan, masalah dan gelodak tidak dapat dihindarkan. Daripada bertikam lidah dan meninggi suara, baiklah jika anda duduk dan berbincang dengan tenang untuk sama-sama mencari penyelesaian. Tanyakan pendapat darinya dan pertimbangkan pendapat satu sama lain.

Kunci untuk sebuah perhubungan yang kekal dan harmoni adalah sentiasa bertolak ansur atau ‘give and take’.

Sumber: Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.