5 Tips Gayakan Gincu Merah Dengan Betul Supaya Tak Nampak Keterlaluan - Abang Terlajak Laris


5 Tips Gayakan Gincu Merah Dengan Betul Supaya Tak Nampak Keterlaluan


Gincu rona merah semestinya menjadikan solekan anda lebih menyerlah dan memukau. Tetapi ada caranya yang betul untuk menggunakannya agar tidak tampak comot dan tidak keterlaluan. 

Ikut 5 tips ni ya, 

1. Merah ada macam-macam jenis merah. Jauhkan gincu deep red jika kamu berbibir nipis.

2. Perhalusi gabungan warna pengilat bibir yang sesuai dengan gincu merahmu. Oleskan pengilat keemasan melembutkan warna merahnya manakala untuk efek bluer side, cuba pengilat merah jambu.

3. Jangan gunakan pensel bibir merah untuk aplikasi gincu merah, sebaliknya pilih rona seakan kulit bibir asli.

4. Selepas menyapukan gincu, gunakan berus penyamar cela untuk meratakan sedikit penyamar cela di sekeliling bibir. Ia menaikkan lagi kawasan bibir merah itu.

5. Untuk elak warna merah bibirmu melekat pada gigi, selepas menyapu gincu, letakkan jari di antara kedua belahan bibir, tekap sedikit bibir pada jari itu untuk singkir warna pada celahan belahan bibir itu.

No comments

Powered by Blogger.