10 Khasiat Buah Tin Yang Ramai Tidak Tahu - Abang Terlajak Laris


10 Khasiat Buah Tin Yang Ramai Tidak Tahu


Buah tin ada disebut di dalam Al-Quran menerusi Surah At-Tin. Ada pelbagai tafsir mengenainya. 

Antaranya adalah ia merupakan buah yang terkenal ketika itu. Kini buah tin terkenal lagi kerana kebaikannya kepada kesihatan.

Terdapat 5gram serat dalam setiap 3 hidangan buah tin. Ketinggian kandungan seratnya membantu terutama pada bahagian usus iaitu mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit.

Kandungan serat ini juga membantu mengurangkan berat badan. Justeru, ia selalu dicadangkan kepada mereka yang mengalami obesiti.

Namun, kandungan kalorinya yang tinggi pula boleh menyebabkan peningkatan berat badan terutama bila ia dimakan bersama-sama susu.

Buah tin mengandungi pektin, iaitu sejenis serat boleh larut. Ia membantu membuang kolesterol berlebihan dari dalam badan.

Serat membantu merawat kanser yang menyerang usus besar. Ia juga melindungi diri dari serangan kanser payudara.

Buah tin yang kaya dengan serat juga membantu mengawal diabetes. Daun pokok tin pula mengurangkan jumlah insulin yang diperlukan oleh pesakit diabetes yang perlu kerap mengambil suntikan insulin.

Buah tin yang dikeringkan mengandungi phenol, omega 3, dan omega 6. Asid-asid lemak ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kandungan potassium yang tinggi dan sodium yang rendah di dalam buah tin merupakan pertahanan terbaik untuk kesan hipertensi. Jadi, ia bagus untuk memberikan ketenangan kepada individu yang memakannya.

Daun pokok tin mengandungi kimia semulajadi yang menjadikannya komponen untuk teh. Ia terkenal digunakan untuk masalah pernafasan seperti bronkitis. Daun pokok tin juga menjadi cara untuk mengelakkan atau mengurangkan simptom asma.

Masyarakat India menggunakan buah tin sebagai salap bagi penyakit venereal.

Sejak beratus tahun lamanya, buah tin digunakan untuk mengubati atau mengurangkan masalah disfungi seksual. Mitos dan budaya menerimanya sebagai makanan tambahan untuk kesuburan. Ini mungkin disebabkan oleh vitamin dan mineral di dalamnya yang menggalakkan tenaga dan stamina.

Buah tin kaya dengan kalsium iaitu komponen penting untuk menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.

Buah tin kaya dengan fosforus di mana ia juga menggalakkan pertumbuhan tulang terutama jika berlakunya kerosakan.

Buah tin menghalang kehilangan kalsium menerusi air kencing. Ia meminimakan kehilangan kalsium sementara membuang asid urik dan toksin berbahaya keluar dari tubuh.

Kehilangan penglihatan pada usia tua adalah disebabkan oleh kemerosotan makular. Buah tin membantu mengelakkan tanda penuaan seperti ini.

Kandungan musilaj dalam buah tin membantu menyembuhkan dan memulihkan sakit tekak.

No comments

Powered by Blogger.