10 Makanan Ini Bantu Membakar Lemak Lebih Cepat - Abang Terlajak Laris


10 Makanan Ini Bantu Membakar Lemak Lebih Cepat

Foto: Medical News Today
Tahukah anda, selain senaman yang kerap, lemak di tubuh juga boleh dibakar dengan memilih diet dan pemakanan yang betul. 

10 makanan yang boleh membantu membakar lemak yang ada di tubuh.

1.Oat
Oat bukan sahaja sedap, tetapi juga boleh mengurangkan rasa lapar. Oat mengandungi fiber yang membantu dan menstabilkan paras kolestrol dalam darah.

2. Telur
Telur merupakan sumber makanan yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu membina otot badan dan kolestrol yang baik.

3. Epal
Epal adalah antara buahan yang kaya dengan bahan antioksidan dan suplemen lain yang kuat. Paling utama, ia mengandungi Pectin yang membantu mengurangkan sel lemak dalam tubuh.

4. Cili Hijau
Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu dalam sel-sel pertumbuhan dan membakar lemak dalam masa yang singkat.

5. Bawang Putih
Bawang putih pula mengandungi Allicin yang mempunyai sifat-sifat anti-bakteria yang membantu mengurangkan kadar lemak sekaligus menghapuskan kolestrol yang tidak baik.

6. Madu
Selain dari menjadi makanan sunnah, madu juga merupakan antara makanan terbaik untuk membakar lemak. Hanya tambahkan satu sudu madu kedalam air suam dan amalkannya setiap awal pagi.

7. Green Tea
Green Tea atau teh hijau mula menjadi minuman pilihan terutamanya bagi mereka yang menjaga kesihatan beberapa tahun kebelakangan ini. Ia sangat efektif untuk mengurangkan berat badan. Teh hijau ini mengandungi bahan antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan. Hanya amalkan 2 cawan sehari untuk hasil yang lebih baik.

8. Wheat Grass
Ia membantu meningkatkan kadar metabolisma dalam badan dan juga membantu mengurangkan lemak.

9. Tomato
Tomato membantu pembakaran lemak dalam masa yang singkat. Selain itu, tomato juga didapati merupakan makanan anti kanser. Jadi, tidak salah untuk mula menjadikan tomato sebagai salah satu makanan diet anda mulai hari ini.

10. Dark Chocolate
Kegemaran setiap wanita! Dark chocolate mengandungi Flavonoids, iaitu sifat anti-radang yang membantu mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan. Ia meningkatkan pertumbuhan serotonin di dalam darah dan juga membakar lemak.

No comments

Powered by Blogger.