10 Rahsia Kejayaan Jack Ma, Pengasas Ali Baba Untuk Berjaya Dalam Hidup - Abang Terlajak Laris


10 Rahsia Kejayaan Jack Ma, Pengasas Ali Baba Untuk Berjaya Dalam Hidup


Kegagalan yang beliau alami tidak membuatnya berputus asa. Jack Ma bangun dari kegagalan untuk mengubah nasib dirinya. Ini 10 rahsia kejayaan Jack Ma yang membuatnya menjadi orang paling kaya di dunia.

1.  Biasakan diri anda terhadap kegagalan, kritikan dan penolakan

Kejayaan dan kemewahan yang dikecapinya hari ini memerlukan banyak pengorbanan dan mengalami banyak kritikan serta penolakan. Permohonannya untuk menyambung pengajian ke Universiti Harvard ditolak sebanyak 10 kali dan permohonannya untuk bekerja di KFC juga pernah ditolak. Namun semua itu tidak membuatnya menyerah kalah.

2. Perlu Ada Impian dan Cita-cita

Ma pernah menjelaskan bahawa salah satu kunci kejayaan Alibaba adalah sentiasa mempunyai angan-angan dan menjagaangan-angan itu agar tidak padam. Kerana pastinya pada suatu hari nanti, mimpi tersebut boleh menjadi kenyataan. Ma juga mempunyai impian di mana suatu hari nanti, Alibaba akan menewaskan Walmart sebagai pemborong terbesar di dunia.

3. Visi dan misi merupakan nilai yang paling berharga

Jack Ma selalu menekankan kepada para pekerjanya bahawa Alibaba ditubuhkan untuk membantu dan memudahkan orang ramai, bukan sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata. Dengan adanya kedai menjual barang secara online, seseorang itu tidak perlu bersusah payah pergi ke kedai untuk mencari barang yang diidamkan. Itulah objektif utama yang dibawa Alibaba.

4. Jangan hiraukan tanggapan dan kritikan orang ramai

Bila anda yakin bahawa idea anda sememangnya bagus, maka carilah jalan dengan berusaha dan mencari peluang agar idea tersebut menjadi realiti.  Ketika hendak membangunkan Alibaba.com, Jack Ma banyak menerima kritikan bahawa idea tersebut adalah sangat bodoh namun Jack Ma tetap  dengan ideanya tersebut

5. Cari inspirasi

Ma mengakui sering mendapat inspirasi ketika menonton filem. Dia juga tidak menyangka kebolehannya berpidato adalah selepas menonton filem Forrrest Gum. melihat adegan di filem.

6. Sentiasa fokus, fokus dan fokus

Kunci sukses dari Alibaba.com adalah Jack Ma selalu fokus untuk mencari cara mempermudah kerja atau memperbaharui cara dan gaya  kerja. Jack Ma lebih tertarik untuk berbincang  mengenai cara baru yang boleh memperbaiki cara kerja (improvement working process),dan membahas mengenai peluang baru dalam perniaggan bersama pekerja.

7. Jenama itu sangat penting

Jenama produk atau syarikat  adalah perkara yang selalu dititikberatkan dari Jack Ma kerana dia akan menerajui syarikatnya dengan lebih fokus untuk berjaya di dunia global. Jack Ma berusaha memberikan nama yang boleh diterima oleh masyarakat global.

8. Utamakan pelanggan

Jack Ma punya keutamaan terhadap pelanggan yang  tidak boleh dipersoal. Pelanggan adalah nombor satu, kedua pekerja, dan terakhir adalah pemegang saham.

9. Jangan pernah mengeluh, carilah peluang

Ketika masalah datang, sebahagian orang pasti akan mengeluh dan ingin berputus asa. Sementara orang berjaya  akan mencari peluang untuk berubah dan mencari jalan penyelesaiannya. Menurut Ma, untuk mencapai  kejayaan, kita harus mencari cara bagaimana untuk memulihkan keadaan menjadi seperti sediakala.

10. Miliki minat

Jack Ma selalu menasihati  para pekerjanya untuk bekerja dengan penuh tekun dan penuh minat. Jika seseorang bekerja sepenuh hati, maka hasil yang diperolehi akan berlipat ganda.


No comments

Powered by Blogger.