3 Khasiat Bunga Kantan Untuk Kesihatan - Abang Terlajak Laris


3 Khasiat Bunga Kantan Untuk Kesihatan


Kuntum bunga kantan boleh dimakan secara mentah sebagai ulam atau direbus dan dimakan bersama sambal.Jika anda mahukan aroma yang lebih tajam dan rasa asam lebih kuat, pilih bahagian kuntum bunga yang belum mekar berwarna merah jambu pucat. 

Bunga kantan ini banyak dipakai dalam masakan gulai, kari dan masakan berkuah lainnya. Disebabkan baunya yang wangi dan rasanya asam, maka akan tepat jika dipadukan dengan seafood dan laksa.

Khasiat Bunga Kantan Buat Kesihatan

Selain menambah kenikmatan dalam masakan, bunga kantan juga memiliki banyak khasiat untuk kesihatan.

Bunga kantan mempunyai kandungan zat aktif ‘flavonida’, ‘saponin’, ‘fenolik’, ‘alkaloid’, ‘tannin’, ‘triterpenoid’ ‘glikosa’, ‘steroid’ dan ‘polifenol’ yang baik untuk menghilangkan bau badan, membersihkan darah dan memperbanyakkan air susu ibu ketika menyusukan anak.

Selain itu, bunga kantan juga mengandungi antioksidan yang tinggi, antimikroba , vitamin dan juga mineral yang sangat bermanfaat bagi tubuh kita.

Vitamin C yang terkandung di dalamnya bermanfaat sebagai antioksidan untuk mengurangi akumulasi produk radikal bebas,meneutralkan racun dan melindungi penyakit genetik.

No comments

Powered by Blogger.