3 Sebab Gigi Berlubang Ini Sering Sangat Dilakukan - Abang Terlajak Laris


3 Sebab Gigi Berlubang Ini Sering Sangat Dilakukan

Foto: Teeth health

Gigi berlubang boleh menimbulkan rasa sakit yang tidak terperi. Bahkan rasa sakit yang disertai dengan rasa perit dan ngilu yang cukup menyeksakan. Biasanya rasa sakit tersebut muncul ketika lubang pada gigi sudah terlalu dalam dan mengenai salah satu saraf gusi yang boleh menyebabkan rasa perit.

Cara Memberus Gigi Yang Salah

Sebenarnya masih ramai di antara kita yang memberus gigi dengan cara yang salah. Memberus gigi sebaiknya dilakukan selama satu hingga dua minat. Cara memberus gigi yang betul adalah bermula dari atas ke bawah dan buaknnya dari kiri ke kanan atau sebaliknya. 

Sebaiknya memberus gigi di depan cermin supaya anda boleh nampak kekotoran tersebut dan lebih mudah untuk membersihkannya.

Penggunaan Berus Gigi Yang Kurang Tepat

Memilih berus gigi yang tidak sesuai dengan karakter  rongga mulut juga boleh menjadi penyebab gigi berlubang. Berus gigi yang tidak sesuai menyebabkan sisa-sisa makanan di celahan gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna. 

Apatah lagi, jika bulu berus gigi yang dipilih terlalu kasar. Oleh sebab itulah, anda disarankan memilih bulu berus gigi yang lembut dengan ‘kepala’ mengecil. Ini adalah kerana ke dalam ruang gigi dalam mulut semakin mengecil.

Gula Dan Bakteria

Ada yang mengatakan gigi berlubang terjadi disebabkan dimakan ulat. Hakikatnya antara penyebab gigi berlubang disebabkan oleh gula dan bakteria. Ini adalah kerana bakteria akan mengubah gula daripada sisa-sisa makanan menjadi asid dan membuatkan kawasan mulut menjadi asid. 

Asid inilah yang kemudiannya membuat lubang kecil pada gigi yang mana akhirnya menjadi lubang yang lebih besar setelah kemasukan sisa-sisa makanan. Pada ketika itulah juga rasa sakit dan perit mula datang, terutama ketika anda mengunyah.

No comments

Powered by Blogger.