4 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Kita Ketika Sarapan - Abang Terlajak Laris


4 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Kita Ketika Sarapan


Memetik laman Magforwomen, berikut merupakan 4 kesalahan dalam melakukan sarapan dan patut anda hindarkan segera:

1. Tidak sarapan

Jangan sesekali tidak bersarapan walau sesibuk mana anda. Idea untuk kurus atau berjimat memang tak boleh pakai! Anda akan berasa lapar sepanjang pagi dan akhirnya makan dengan berlebihan pada waktu tengahari.

2. Makan terlalu banyak

Gemar bersarapan memang bagus tapi janganlah makan terlalu banyak. Ia boleh membuatkan badan terasa lesu dan juga malas pula bila terlalu kenyang. 

3. Makan sarapan yang sama setiap hari

Tahukah cara begini akhirnya akan membuatkan anda berasa bosan seterusnya menyebabkan anda mengelak untuk bersarapan lagi. Cuba variasikan sarapan itu ya!

4. Terburu-buru

Waktu pagi memang ramai yang 'rushing' namun jangan sesekali ambil sarapan dengan gelojoh dan terburu-buru. Ia memberi kesan negatif kepada sistem pencernaan dan juga kesihatan anda.

No comments

Powered by Blogger.