4 Makanan Ini Baik Untuk Mata - Abang Terlajak Laris


4 Makanan Ini Baik Untuk Mata


Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin E juga akan membantu menjaga kecantikan dan kesihatan kulit anda.Bahkan, ia merupakan makanan terbaik untuk mata.

Berikut berapa makanan untuk mata yang kaya dengan vitamin E:

Biji Bunga Matahari


Biji bunga matahari dalam bentuk kering mahupun minyak merupakan sumber vitamin E yang baik. Anda boleh menggunakan kuaci sebagai kudapan yang menyihatkan kerana dalam 100 gram kuaci terkandung 36,6 mg vitamin E.

Brokoli


Makanan untuk mata yang mengandungi sumber vitamin E yang seterusnya adalah brokoli.Selain berkhasiat untuk mencegah penyakit kanser, brokoli juga mengandungi beberapa jenis vitamin, seperti vitamin A, C, D, E, dan K. Untuk mendapatkan manfaat terbaik, brokoli sebaiknya dimasak dengan cara dikukus.

Oregano Atau Daun Kemangi


Oregano atau daun kemangi ternyata mengandungi vitamin E yang cukup tinggi. Daun rempah beraroma wangi ini mengandungi 7,38 miligram vitamin E dalam 100 gram penyediaan.

Bayam


Makanan untuk mata daripada sayur bayam ini menyumbang sebanyak 41.4 mg vitamin E semulajadi untuk tubuh. Kandungan anti oksidan yang ditemukan dalam bayam adalah flavonoid dan karotenoid. Dua zat ini sangat penting sebagai sumber anti inflamsi dan zat anti oksidan. Selain itu, zat lutein dan zeaxantin dalam bayam juga turut menyokong kerja sistem anti oksidan yang sangat penting menjaga kesihatan mata terutama pada retina.

No comments

Powered by Blogger.