4 Masalah Kesihatan Wanita Ini Buat Mereka Malu Untuk Jumpa Doktor - Abang Terlajak Laris


4 Masalah Kesihatan Wanita Ini Buat Mereka Malu Untuk Jumpa Doktor



Sebagai wanita, pernahkah anda mengalami masalah kesihatan wanita yang buat anda rasa malu sehingga enggan berjumpa dengan doktor? Terdapat beberapa masalah kesihatan wanita yang dikatakan boleh membuatkan tuan punya badan berasa malu dan keberatan untuk berjumpa dengan doktor.

Antaranya:

1. Sentiasa Berpeluh Di Sepanjang Hari 

Masalah kesihatan wanita yang sering terjadi pada kebanyakan wanita sehingga membuatkannya berasa tidak selesa apabila berpeluh di sepanjang hari. Ini bermakna kelenjar peluh anda menghasilkan tindak balas yang berlebihan terhadap rangsangan (panas, hormone, emosi) dan sentiasa mengeluarkan peluh. Perkara ini biasanya disebabkan oleh efek sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil atau gejala dari keadaan lain seperti infeksi diabetis.

2.  Susu Terkeluar

Masalah kesihatan wanita sebegini boleh disebabkan oleh kelenjar pituitary anda mengeluarkan kelebihan prolaktin atau hormon yang merangsang kelenjar susu untuk menghasilkan susu. Dengan keadaan anda yang tidak hamil atau menyusui, anda mungkin memiliki keadaan yang disebut hiperprolaktinemia yang boleh menyebabkan menstruasi yang tidak teratur, infertilities dan risiko yang lebih tinggi dari pada osteoporosis.

3. Miss V Mengeluarkan Bau Yang Tidak Menyenangkan

Ramai di antara kita yang mengalami masalah kesihatan wanita yang satu ini. Ini bermakna pH vagina anda terlalu tinggi yang membuatkan bakteria jahat semakin membiak. Vaginitis bakteria ini boleh sahaja berpunca daripada darah menstruasi, melepuh, gatal dan sebagainya.

4. Tidak Tertarik Pada Se ks

Keadaan ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan wanita yang rumit kerana masalah fizikal dan psikologi. Ramai wanita mengalami kesuburan rendah selama pra menopause. Sungguhpun begitu, depresi adalah penyebab utamanya.

1 comment:

  1. Kalau malu, mesti cari doktor wanita.
    www.suhailaabdul.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.